SEKAPUR SIRIH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog ini walaupun tidak pernah membuatnya sebelum ini. Meskipun belum siap sepenuhnya tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini adalah usaha saya sendiri dengan berpandukan cara-cara membina blog yang dipaparkan di Myguru dan merujuk berpandukan buku.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tentang LINUS. Saya juga menyertakan beberapa video tentang mari belajar membaca. Selain itu, diselitkan juga beberapa gambar-gambar mengenai aktiviti saya di SK.Babalitan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.

Sekian dan terima kasih.

Wednesday 7 December 2011

PROGRAM LINUS

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN

* National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
* Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi
(kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
* Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
* Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
* Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
* Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi
dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
* Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.

RASIONAL

— * Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi
masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
— * KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian
guru pemulihan
* PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha
memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
— * Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan
numerasi seawal Tahun 1.
— * Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran
memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.


DEFINISI KONSEP

— Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang
mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan
harian”



DEFINISI KONSEP

— Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”


LITERASI TAHAP 1

* Membaca dan menulis

* Menguasai dan memahami minimum 1000 patah perkataan mudah

* Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal

* Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata
hubung ‘dan’)

* Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata
hubung ‘dan’) dalam perenggan



MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’



OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR

Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


STRATEGI PELAKSANAAN

Status
* Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.


Jadual Waktu

— *Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada.Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.


Penentuan Murid

Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya
—Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
— * Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
— * Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
— * Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
— * Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan
Kementerian Kesihatan)
— * Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh
dimasukkan dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data.
— * Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan
diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru
yang telah dipilih
— * Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan
3 akan diadakan pada bulan Oktober

Guru

— * Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru
Pemulihan
— * Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid
mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
— * Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan
program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan
bimbingan bagi menangani masalah ini.


Kemudahan

— * Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
— Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P.


Penyeliaan dan Pemantauan

— * Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih
melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
— * GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini.
— * Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
— Pelaporan dibuat setiap 3 bulan.


KANDUNGAN PROGRAM

— * Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi
murid yang mengikuti program ini.
— * Skop Modul Literasi
— * Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
— * Skop Modul Numerasi
— * Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang
sehingga RM100.


Bahan dan Instrumen LINUS

— * Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid
— * Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian dan berkesan.
* Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan
sumatif.


PELAPORAN

—Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


PENUTUP

—Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA’s

KELAS TAHUN 1 SK.BABALITAN

Ini adalah antara koleksi gambar yang saya ambil di SK. Babalitan. SK.Babalitan merupakan sekolah pedalaman 3. Untuk sampai ke SK.Babalitan perlu menaiki bot selama 1 jam 30 minit. Pape pun, jom tengok dulu gambar-gambar ini.



Ini adalah wajah-wajah murid tahun 1.









Rak buku untuk menyimpan Buku Teks dan Buku Latihan murid tahun 1.

BACAAN BERGRED

bacaan bergred 22-04

Sunday 4 December 2011

WARNA WARNI KEHIDUPAN DI SK.BABALITAN



Ini adalah antara koleksi gambar saya semasa mengajar di SK. Babalitan. Saya mula mengajar di SK.Babalitan pada bulan Jun 2007 hingga sekarang. SK.Babalitan adalah sekolah kedua saya. Dulu saya mengajar di SK.Kempas, Johor Bahru     



   


Barisan guru-guru Sk.Babalitan 2007














Barisan guru-guru Sk.Babalitan dengan Wakil PPD Nabawan sempena Hari Kecemerlangan SK.Babalitan 2009








 




Perhimpunan Rasmi setiap hari isnin



 




 Kibarkan Jalur Gemilang







Pemandangan dari atas SK.Babalitan












Murid mendayung perahu untuk ke sekolah.













Murid-murid naik jambatan gantung



Antara laluan pejalan kaki yang terpaksa diikuti oleh murid setiap hari untuk ke sekolah.



















Antara laluan yang berbahaya. Kadang-kadang ada juga bot yang karam di sini.













Rutin harian setiap hujung minggu ulang alik ke sekolah dengan menaiki bot.



Aksi ni selalu berlaku kalau air sungai kecil...bot terpaksa ditarik. Sangat merbahaya. Kalau tidak pakar, bot boleh karam.











Aktiviti guru-guru lelaki di hujung minggu...memancing ikan Kelah (ikan Palian) dan ikan Patin (Ikan Salarong)