SEKAPUR SIRIH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog ini walaupun tidak pernah membuatnya sebelum ini. Meskipun belum siap sepenuhnya tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini adalah usaha saya sendiri dengan berpandukan cara-cara membina blog yang dipaparkan di Myguru dan merujuk berpandukan buku.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tentang LINUS. Saya juga menyertakan beberapa video tentang mari belajar membaca. Selain itu, diselitkan juga beberapa gambar-gambar mengenai aktiviti saya di SK.Babalitan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.

Sekian dan terima kasih.

Sunday 4 December 2011

BACALAH SAYANG

     Di sini juga saya dah uploadkan power point buku bacalah sayang dari Kementerian Pendidikan.  Terdapat dua buku dalam simpanan saya ni.

    Buku yang pertama ialah buku Bacaan Sayang yang mengandungi petikan cerita pendek dengan tulisan berwarna mengikut suku kata serta beberapa soalan pemahaman yang mudah.Buku ini sesuai untuk murid yang baru lepas Sarinagan LINUS.  

BUKU BACAAN SAYANG

    Manakala, sebuah lagi buku membolehkan murid menyebut suku kata dan seterusnya membatangkan perkataan berdasarkan gambar. Setiap suku kata ditulis dengan warna yang berbeza untuk memudahkan murid menyebutnya. Selepas membatangkan suku kata murid juga boleh beberapa ayat pendek berkenaan dengan perkataan yang disebutnya. Buku ini sesuai untuk murid-murid LINUS.  
BACALAH SAYANG (SUKU KATA)     
  Saya berharap perkongsian yang tak seberapa ni boleh membantu guru diluar sana...

No comments:

Post a Comment