SEKAPUR SIRIH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog ini walaupun tidak pernah membuatnya sebelum ini. Meskipun belum siap sepenuhnya tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini adalah usaha saya sendiri dengan berpandukan cara-cara membina blog yang dipaparkan di Myguru dan merujuk berpandukan buku.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tentang LINUS. Saya juga menyertakan beberapa video tentang mari belajar membaca. Selain itu, diselitkan juga beberapa gambar-gambar mengenai aktiviti saya di SK.Babalitan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.

Sekian dan terima kasih.

Sunday 4 December 2011

CONTOH RPH LINUS

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN


           
Kelas :
Masa  :
Mata Pelajaran :
Kandungan
Impak/Catatan

Bahasa Melayu















Tajuk : Kem 4 - Suku Kata KV

Objektif :
 Murid-murid boleh mengenal , mengeja  dan membina   suku kata   KV.

Aktiviti :

1.      Meminta murid membunyikan suku kata
      KV berdasarkan carta suku kata pada
      ( MSP).
2.      Guru mempamerkan kad suku kata
      kepada murid dan mengeja suku kata
      tersebut secara rawak.
3.      Murid mengulangi mengeja suku kata
      tersebut secara kumpulan dan individu.
   4.  Murid menyebut dan mengeja suku kata
        awal KV  berdasarkan gambar.
4.      Permainan  - “Kotak Ajaib”
5.      Lembaran kerja:
      Kump A - bina suku kata berdasarkan    
                       huruf yang diberi.
      Kump. B – warnakan suku kata awal  
                         berdasarkan gambar.
      Kump. C – padankan suku kata yang 
                         sama.
6.      Mempamerkan dan membuat rumusan
      hasil kerja murid.


BBM :   Carta suku kata (MS PowerPoint)
            Kad suku kata 
            Kad gambar
            Lembaran kerja.
          



Permainan Bahasa

Nama Permainan : Kotak Ajaib

Objektif :  Murid boleh mengeja dan membunyikan suku kata  
                  berdasarkan kad suku kata.
Bahan    :  Kad suku kata Kotak Ajaib

Cara menjalankan permainan.

  • Pelajar berkumpul dalam satu bulatan.
  • Kotak Ajaib diedarkan mengikut bulatan yang dibuat dengan diiringi muzik.
  • Muzik akan dihentikan. Murid yang memegang Kotak Ajaib semasa muzik berhenti akan diberi peluang untuk menjawab soalan
  • Murid tersebut akan mengambil satu kad yang terdapat di dalam Kotak Ajaib dan menjawab soalan iaitu mengeja dan  membunyikan suku kata.
  • Semua pelajar akan mencatat setiap suku kata di dalan kotak yang di beri. (Lihat Lampiran)
  • Langkah yang sama diulang sehingga selesai permainan.
  • Murid yang berjaya memberi jawapan yang betul akan diberi ganjaran.









Lampiran

Isikan Suku Kata




























Permainan Bahasa

Nama Permainan :  Cari Saya

Objektif : Murid boleh mencari kad suku kata KV yang disebut
                 oleh guru.
Bahan    : Kad suku kata.

Cara menjalankan permainan

  • Murid berkumpul di suatu lapang di dalam kelas.
  • Kad-kad suku kata KV akan diletakkan di hadapan murid.
  • Guru menyebut suku kata dan murid mencari kad suku kata tersebut.
  • Apabila murid dapat mencari kad suku kata yang disebut, murid tersebut akan mengulang membunyikan suku kata secara kuat kepada ralkan-rakan lain.
  • Permainan akan diteruskan mengikut giliran.
  • Murid yang dapat mencari kad yang sama akan diberi ganjaran.


No comments:

Post a Comment