SEKAPUR SIRIH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog ini walaupun tidak pernah membuatnya sebelum ini. Meskipun belum siap sepenuhnya tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini adalah usaha saya sendiri dengan berpandukan cara-cara membina blog yang dipaparkan di Myguru dan merujuk berpandukan buku.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tentang LINUS. Saya juga menyertakan beberapa video tentang mari belajar membaca. Selain itu, diselitkan juga beberapa gambar-gambar mengenai aktiviti saya di SK.Babalitan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.

Sekian dan terima kasih.

Sunday 4 December 2011

Instrumen Penilaian Rujukan Standard Tahun 1 (SPPK)


         Di sini saya muat naik instumen yang saya buat untuk menilai penguasaan murid saya. Saya tidaklah pandai sangat tentang SPPK ni tapi tak salah kan kalau berkongsi sesuatu yang kita ada. Saya tak tau la betul ke tidak instrumen yang saya buat ni..... kalau saya tersilap sila beri ulasan untuk mengigatkan saya, saya pun masih dalam proses untuk belajar tentang perkara ini.
      

Tema : Keluarga
Tajuk Unit 1: Keluarga Huda
Instrumen PRS (mendengar)

Instrumen PRS (Mendengar dan Bertutur)

Instrumen PRS (Menulis)

Instrumen PRS (menulis)

No comments:

Post a Comment