SEKAPUR SIRIH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog ini walaupun tidak pernah membuatnya sebelum ini. Meskipun belum siap sepenuhnya tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini adalah usaha saya sendiri dengan berpandukan cara-cara membina blog yang dipaparkan di Myguru dan merujuk berpandukan buku.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tentang LINUS. Saya juga menyertakan beberapa video tentang mari belajar membaca. Selain itu, diselitkan juga beberapa gambar-gambar mengenai aktiviti saya di SK.Babalitan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.

Sekian dan terima kasih.

Sunday, 4 December 2011

PROGRAM LINUS


Program Literasi dan Numerasi (LINUS) 2010
Oleh Juritah Gilong
Bermula pada tahun 2010 Program LINUS menggantikan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M).

LINUS ialah singkatan Literacy and Numeracy
Screening. Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. Murid juga perlu menggunakan kemahiran membaca dan menulis itu dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Numerasi pula ialah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik. Murid perlu memahami idea matematik yang mudah. Mereka perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik itu dalam kehidupan harian.

Pelaksanaan LINUS bermula pada tahun 2010. Murid-murid tahun 1 mengalami ujian saringan. Ujian saringan pertama dijadualkan pada bulan Mac, saringan kedua pada bulan Jun dan saringan ketiga pada bulan September.

No comments:

Post a Comment