Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman
Jeff: Hai Zul! Lama tak nampak? Kerja sini lagi ke?
Zul: Sinilah, kat mana lagi.
Jeff: Aku ingat kau dah pindah kerja tempat lain, manalah tau kut dapat lobang yang baik. Dah lama, mau rasanya dua tiga bulan kita tak jumpakan? Dulu kita selalu jumpa pagi kat parking, sekarang kau tak parking situ lagi ke?

Zul: Tak, tak parking situ lagi. Aku dah jual kereta tu. Sekarang pakai moto ni je!
Jeff: Awat hang juai? Sayanglah! Hang tukaq kereta lain ka?
Zul: Tak! Jual terus, tak pakai kereta dah ... tak larat nak tanggung!

Jeff: Tanggung apa?
Zul: Tanggung keretalah! Dah tak larat nak tanggung. Tu pasal aku jual.
Jeff: Hang tanggung kereta ka? Larat hang, noo?!
Zul: Kereta aku, akulah yang tanggung ... siapa lagi. Bukanlah aku sorang ... bini aku tolong. Kalau aku sorang, memang tak larat. Sekarang ni bini aku dah berhenti kerja, tu sebab kena jual kereta tu.

eff: Hangpa laki bini tanggung kereta? Gila! Tak pernah buat dek orang! Hang tanggung bawak pi mana? Kuat sungguh noo, berdua dah boleh tanggung kereta. Kalau aku tak laratlah. Sepuluh orang pun tak tentu boleh angkat. Hang angkat bawa naik rumah ka?
Zul: Apa yang kau merepek ni? Siapa pulak yang angkat kereta naik ke rumah?
Jeff: Tadi hang yang cakap hang laki bini tanggung kereta tu.
Zul: Memanglah kami berdua yang tanggung, tapi bila bini aku dah berhenti kerja, aku tak larat nak tanggung sorang. Tanggung tu maknanya pikul perbelanjaan kereta tu, ansuran bulanannya, penyelenggaraan, road tax, insuran, ... kau ingat apa?
Jeff: Aku ingat hang angkat pikul kereta tu, sebab orang tempat aku tanggung tu maknanya angkat letak atas bahu.
Zul: Kah! Kah! Kah! Kau ingat aku laki bini pikul kereta tu ke? Kau ingat aku ni Badang dengan Incredible Hulk ke apa?
Jeff: Yalah! Orang kat tempat aku dah cakap lagu tu, aku pun ingat manalah tau, kut-kut hang laki bini kuat ... tiap-tiap hari angkat kereta tu bawak naik flet. Letak bawah takut nanti orang curi.
Zul: Gilalah kau ni, tak pernah dibuat orang tu! Tak pakai kereta lagi sebab dah tak cukup duit, gaji tinggal satu, tu pasallah pakai moto je. Nanti kalau ada rezeki, aku carilah kereta lain.
Glosari

Tanggung - (i) memikul biaya atau perbelanjaan, menyelenggarakan
(ii) (dialek Kedah) membawa di atas bahu, memikul

Hang - (dialek Kedah) ganti nama diri kedua mufrad - awak, kamu
Hangpa - (dialek Kedah) ganti nama diri kedua jamak - awak semua,
- awak berdua, kamu semua, kamu berdua
- awak berdua, kamu semua, kamu berdua
Kut-kut - (bahasa pertuturan) kalau, jika
Dek - (bahasa pertuturan) oleh
pi - (dialek Kedah) pergi
lobang - (bahasa pertuturan) peluang
awat - (dialek Kedah) kenapa
lagu tu - (dialek Kedah) seperti itu
Nota : Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).

No comments:
Post a Comment