SEKAPUR SIRIH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog ini walaupun tidak pernah membuatnya sebelum ini. Meskipun belum siap sepenuhnya tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini adalah usaha saya sendiri dengan berpandukan cara-cara membina blog yang dipaparkan di Myguru dan merujuk berpandukan buku.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tentang LINUS. Saya juga menyertakan beberapa video tentang mari belajar membaca. Selain itu, diselitkan juga beberapa gambar-gambar mengenai aktiviti saya di SK.Babalitan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.

Sekian dan terima kasih.

Sunday, 4 December 2011

TUNJUK DAN EJA PERLU BETUL

Salam sejahtera,


Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa melayari laman ini.Topik pada kali ini berkaitan dengan sistem ‘mengeja dan sebut’ yang diajar oleh guru di sekolah, tetapi gagal dipraktik dengan baik oleh murid.

Cuba perhatikan cara murid belajar mengeja di bawah :

sistem 'menunjuk semasa mengeja' yang tidak betul

Gambar 1 menunjukkan murid mengeja sambil menunjuk pada perkataan. Cara ini perlu diperbetul bagi mengelakkan murid terus ketinggalan. Ini kerana murid menutup perkataan yang hendak dieja. Kebanyakan guru tidak perasan apabila membimbing murid mengeja dalam kumpulan. Sistem yang salah terus diamalkan. Jadi, tidak hairanlah murid lebih banyak menghafal dan terus tidak kenal abjad, apatah lagi untuk menulis berdasarkan gambar.


sistem 'tunjuk dan eja' dengan cara yang betul

Gambar 2 menunjukkan cara mengeja sambil menunjuk dengan cara yang betul. Murid tidak menutup perkataan. Oleh yang demikian, mereka akan dapat melihat huruf dan suku kata yang hendak dieja.
Kadang-kadang ada perkara kecil yang kita terlepas pandang. Jadi, sama-samalah kita bantu murid agar tidak terus ketinggalan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment