SEKAPUR SIRIH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat datang ke laman blog saya. Ini merupakan blog saya yang pertama. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan blog ini walaupun tidak pernah membuatnya sebelum ini. Meskipun belum siap sepenuhnya tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini adalah usaha saya sendiri dengan berpandukan cara-cara membina blog yang dipaparkan di Myguru dan merujuk berpandukan buku.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang dihormati, suami tersayang yang sentiasa memberikan sumber inspirasi dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan.

Blog ini lebih menjurus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tentang LINUS. Saya juga menyertakan beberapa video tentang mari belajar membaca. Selain itu, diselitkan juga beberapa gambar-gambar mengenai aktiviti saya di SK.Babalitan.

Saya berharap blog ini dapat membantu rakan-rakan pendidik dalam perkongsian ilmu. Pembinaan blog ini akan menjadi perintis untuk menghasilkan blog yang berkualiti pada masa akan datang.

Sekian dan terima kasih.

Sunday, 4 December 2011

SOAL & JAWAB LINUS


1. Bilakah murid Pemulihan LINUS / LINUS Tegar, perlu di hantar ke Guru Pemulihan ?    
  Selepas Saringan 2   

2. Bilakah murid Pemulihan LINUS / LINUS Tegar, perlu dihantar untuk Pemeriksaan Perubatan ?                Selepas Saringan 3 

3. Apakah KPI bagi sekolah yang peratusan ketidakhadiran murid adalah tinggi ?            
KPI sekolah berkenaan adalah peratusan kehadiran murid, so sekolah perlu     mendokumentasikan segala perancangan / tindakan yang diambil  bagi menyelesaikan masalah ketidadhadiran murid tersebut 

4. Apakah kaedah penulisan RPH bagi kelas yang mempunyai murid LINUS dan Arus Perdana?                                                                                                           
Walaupun tajuk dan objektif sama (jika sama), strategi mesti berbeza,  dan refleksi mesti berbeza (ada dua refleksi, satu untuk murid LINUS dan  satu murid Arus Perdana)                                                                                                   
5. Apakah modul-modul yang dibekalkan ke sekolah ?                                              
  Modul P&P Guru, Modul Murid, Modul Pedagogi
 
6. Adakah Guru Pemulihan mempunyai kuota murid, 1:15 katakan ?                           
  Pekeliling yang mengatakan bahawa kuota Guru Pemulihan 1:15, adalah  cadangan daripada KPM, bermaksud Guru Besar mempunyai autoriti dalam  memberikan arahan yang terkini   

No comments:

Post a Comment