Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan melalui setiap hari dengan ceria di samping dapat melaksanakan tugas dengan ceria. Pertama sekali, terima kasih kerana anda masih terus mengunjungi laman ini. Saya amat menghargai kunjungan anda. Baiklah. Kita terus pergi kepada topik yang hendak saya bicarakan dalam entri pada kali ini iaitu berkaitan LINUS (LI = Literasi atau bahasa, NUS = Numerasi atau Nombor). Secara umumnya, dalam dasar NKRA (National Key Result Area / Bidang Keberhasilan Utama Negara), ada enam teras yang utama iaitu :
- Mengurangkan kadar jenayah
- Membanteras rasuah
- Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
- Meningkatkan standard keluarga berpendapatan rendah
- Meningkatkan infrastruktur di kawasan pedalaman
- Menambah baik pengangkutan di kawasan bandar
NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam ‘ranking’ yang ketiga. Salah satu programnya adalah LINUS. Program LINUS adalah salah satu perkara yang dipandang serius oleh Perdana Menteri kerana ramai murid-murid tahun 1 yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira. Atas dasar itulah satu program (LINUS) telah dibentuk bagi tujuan mengatasi masalah ini. Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu :
- LITERASI
- NUMERASI
LITERASI
- Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.
- Objektif pengajaran litarasi ini adalah seperti yang berikut :
- Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung,’dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
NUMERASI
- Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun 1. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.
- Objektif pengajaran numerasi ini adalah seperti yang berikut :
- Keupayaan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian.
Pelaksanaan LINUS di sekolah :
- Program LINUS ini wajib dilaksanakan ke atas semua sekolah SK, SJK(T), dan SJK(C)
- Terdapat 3 peringkat saringan:
- Saringan (di tahun 1) ada 3 peringkat saringan.
- Saringan (di tahun 2)
- Saringan (di tahun 3)
- Dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, Matematik dan Guru Pemulihan
- Instrument dibina dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil-Bahasa Inggeris.
- Semua murid tahun 1 yang dikenal pasti tiada masalah pembelajaran akan menduduki saringan pertama LINUS untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mereka pada awal tahun setiap tahun.
Pada tahun ini, ada 3 saringan yang perlu dilalui oleh murid tahun 1 yang akan bermula pada bulan MAC, JUN dan SEPTEMBER. Sekiranya murid gagal melepasi saringan 1, mereka akan ditempatkan di kelas LINUS. Kemudian, murid ini akan diuji lagi pada bulan Jun dan September dalam saringan berikutnya.
Murid tahun 1 yang melepasi Saringan 1 akan di masukkan ke kelas perdana. dan tidak perlu lagi menduduki ujian saringan. Walau bagaimana pun, apabila mereka sudah naik ke tahun 2, sekali lagi semua murid ini akan menjalani ujian saringan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment