Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman
PADA cuti sekolah Asraf bercuti di rumah opahnya di Perak. Pada suatu pagi, dia bermain dengan sepupunya Taufik.
Taufik: Jom kita pergi main kat padang sekolah.
Asraf: Jom ... tapi nak pegi macam mana?

Taufik: Naik basikal le, aku bawak, kaududuk atas lantin.
Asraf: Tapi bagi taulah opah dulu, nanti dia marah, kalau direpotnya pada bapa aku, nahas!
Taufik: Opah! Kami nak ke ulu kejap, nak ke padang sekolah!

Opah: Pegi le, tapi jangan balik lambat! Satu lagi, jangan ikut tembok, banyak kete, ikut jalan dalam je.
Taufik: Yea lee!! Kami ikut jalan dalam.
Asraf: Kat kampung ni ada tembok ke? Jom le pergi, aku nak tengok. Tinggi macam tembok kat negeri China tu ke? Yang kat negeri China tu aku dah pergi tengok masa pergi China dengan emak dulu. Rupanya kat kampung ni pun ada, aku nak tengoklah!
Taufik: Kalau tak ada tembok macam mana kereta nak jalan? Kau balik kampung dulu naik apa? Naik sampan ke? Naik helikopter?

Asraf: Mengarutlah kau ni! Naik kereta le nak naik apa lagi?! Mana ada helikopter!
Taufik: Tempat kereta jalan tu tembok le namanya, takkan itu pun kau tak tau. Kat Kuala Lumpur kereta jalan atas apa? Atas ban ke?
Asraf: Atas jalanrayalah, mana ada ban kat Kuala Lumpur.
Taufik: Jalan raya tu temboklah!
Asraf: Ooo, orang kampung panggil jalan raya tu tembok yek?!
Taufik: Orang tua-tua panggil tembok! Kat sekolah panggil jalan raya.
Asraf: Aku ingat tembok macam yang kat negeri China tu.
Taufik: Kenapa? Tak sama ke tembok kat Malaysia dengan tembok kat negeri China?
Asraf: Tembok negeri China tu besar dan panjang, masa aku pergi sana dulu ada tulis kat situ panjangnya 8000 kilometer.
Taufik: Memanglah panjang tembok kat sana, negaranya besar dan kereta banyak. Kalau buat tembok kecil dan pendek nanti jem teruk le.
Asraf: Tapi itu bukan tembok jalan rayalah! Itu tembok dinding! Orang Cina zaman dulu buat dinding yang tinggi di sempadan untuk elak serangan musuh. Dinding tu namanya tembok.
Taufik: Tapi aku rasalah kan, jalan raya tu nama betulnya tembok. Yang kat negeri Cina tu namanya dinding je, bukannya tembok. Aku cakap macam ni sebab ada simpulan bahasa Melayu kata ‘muka tembok’. Kau tau ke apa maknanya?
Asraf: Cikgu di sekolah kata maknanya orang yang tak tau malu. Betul ke?
Taufik: Macam jalan raya le tu, macam-macam benda lalu atasnya, tak kisah pun, tak malu pun.
Asraf: Betul juga ek, tak pelah nanti buka sekolah aku tanya cikgu, lepas tu aku sms kau. Jomlah kita pergi cepat!
INFO: Glosari

· Tembok - (i) dinding yang dibuat dari batu
- (ii) jalan raya, jalan bertar
- (ii) jalan raya, jalan bertar
· Kete - kereta
· Lantin - tempat duduk belakang basikal
· Ban - batas
Nota kaki: Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).

No comments:
Post a Comment